Isnin, Ogos 23, 2010

Karipap & Mini Murtabak

 Karipap


 Mini Murtabak

 Menu puasa ke-15... kueh tradisi karipap dan modified mini murtabak...

Sabtu, Ogos 21, 2010

Juadah Berbuka - Nasi Minyak Daging

 Nasi Minyak Daging

Inginkan kelainan juadah berbuka puasa...? Atau sebagai hidangan alternatif untuk makan tengahari bolehlah mencuba resepi Nasi Minyak Daging.

Cara penyediaan... bawang, bawang putih, halia dihiris dan ditumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan jintan manis dengan menggunakan minyak sapi dan minyak masak. Daun pandan dan serai dititik dan dimasukkan ke periuk bersama-sama bahan2 yang ditumis tadi. Masukkan sedikit rempah kurma bersama daging yang dihiris nipis. Masukkan air dan rebus seperti memasak sup. Setelah mendidih dan daging menjadi empuk, masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak nasi biasa.

Hidangan lebih enak jika dimakan bersama jelatah...

Biskut Lutut Kukus

 Biskut Lutut Kukus

Kalau di Terengganu terkenal kueh nekbat hanya dijumpai pada bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka, di Kg Gajah Perak juga dijumpai kueh ini hanya pada bulan Ramadhan (dulu2). Mungkin generasi masakini tidak mengetahui kueh ini disebabkan orang2 tua juga sudah jarang2 memasaknya dan adanya bermacam-macam kueh baru pada masa ini.

Zaman dulu2 memang kueh ini sangat popular pada bulan puasa..mungkin kos penyediaannya yang rendah dan kueh2 manis yang sangat digemari pada masa itu. Itulah biskut kepala lutut (roti biskut) yang direndam di dalam air sirap manis sehingga kembang.. dimasukkan ke dalam kukus dan tuangkan santan yang dibancuh dengan sedikit tepung dan garam... kukus sehingga 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.... cubalah...

Biskut biasanya dari jenis buku tetapi masa kini pelbagai pilihan dari jenis biskut yang panjang2 banyak dijual di kedai2...

Sajian Tengahari

 Gulai Tempoyak Ikan Patin

Tradisi sajian Perak yang utama adalah tempoyak... mari kita kongsi bersama resepi tempoyak Perak... ada beza dengan resepi masak tempoyak Pahang... Resepi Perak ; bawang & cili padi ditumbuk, serai dititik, masuk di dalam periuk bersama tempoyak.. ditambah air dan sebarang pilihan ikan sungai dan dimasak sehingga mendidih...

Bezanya masak tempoyak Pahang ianya tidak menggunakan bawang dan serai.. dicampur daun kesom dan bunga kantan... tempoyak dikisar bersama cili padi...

Gambar di atas masak tempoyak ikan patin resepi Pahang... jangan mare..nak mempelbagaikan citarasa..


Pekasam Ikan Lampam

Makan tengahari akan lebih terasa nikmatnya kalau dilengkapkan dengan goreng pekasam... 2 kaedah nak masak pekasam... pertama ; digoreng biasa seperti menggoreng ikan... kedua ; digoreng dengan menghancurkan ikan pekasam dan digoreng bersama bawang dan cili padi (dihiris). Ikan yg popular dibuat pekasam adalah ikan sungai seperti spesis ikan lampam. Nyum3x....


Sambal kelapa

Ini adalah sambal tradisi khasnya bagi penduduk Kg Gajah, Perak. Mungkin ramai yang tidak tahu cara membuatnya. Senang jer... cili padi ditumbuk bersama udang kering dan dicampur bersama kelapa parut.. ditambah garam secukup rasa dan asam limau nipis.... siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman...

Salam Perkenalan...

Blog ini diilhamkan oleh suami tercinta sempena bulan Ramadhan 2010... Blog dibuka secara rasmi pada 21/8/2010. Semata-mata untuk mengumpulkan koleksi masakan-masakan dan juadah yang pernah aku masak maupun aku makan di luar untuk tatapan anak-anak generasi akan datang.

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi ilham masakan tradisional orang-orang terdahulu dan resepi orang-orang masakini. Kalau tidak ada orang dahulu maka tidak ada kita masakini. Dengan cara ini juga moga-moga warisan orang-orang terdahulu tidak akan pupus dek di telan zaman.

Sebarang komen dan cadangan yang membina adalah sangat-sangat diharapkan dari keluarga dan sahabat-sahabatku sekelian.

Sekian, wassalam.